Sylvinho (tengah) ketika salah satu perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan Brazil. FOTO Reuters.
Sylvinho (tengah) ketika salah satu perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan Brazil. FOTO Reuters.
AFP

WARGA Brazil, Sylvinho yang pernah beraksi untuk Barcelona dan Arsenal, dinamakan sebagai jurulatih baru kelab Ligue 1 Perancis - Lyon dengan dua tahun kontrak.

RMC Sport berkata pengendali berusia 45 tahun itu akan menggantikan Bruno Genesio untuk musim depan selepas dipilih rakan senegaranya Juninho - bekas bintang Lyon yang dilantik sebagai Pengarah Sukan baru kelab berkenaan.

Sylvinho sudah bertugas sebagai orang kanan kepada jurulatih Brazil, Tite dan melakukan persediaan buat pasukan kebangsaan ke Olimpik 2020 di Jepun.

Bagaimanapun, dia mengumumkan sudah melepaskan jawatan berkenaan semalam.

Ketika karier pemain bola beraksi di bahagian pertahanan, Sylvinho memulakan karier beraksi di negara kelahiran Brazil dengan mewakili Corinthians sebelum berkhidmat di Arsenal, Celta Vigo dan Barcelona.

Dia menamatkan karier sebagai pemain selepas semusim beraksi di Manchester City pada 2009-2010.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 7:32 AM