ROSSI, Marquez.
ROSSI, Marquez.
AFP

JUARA dunia Marc Marquez kini berkongsi rekod dengan Valentino Rossi untuk kedudukan petak pertama MotoGP ke-55 selepas sesi kelayakan Grand Prix Perancis di Le Mans.

Sesi yang diadakan dalam keadaan berubah-ubah di yang menjadikan pemilihan tayar sesuatu yang kompleks ditunjukkan Marquez yang mencatat masa sepusingan terpantas sebelum terjatuh daripada motosikal Hondanya.

Pelumba Sepanyol itu segera menaiki motosikalnya untuk meneruskan tunggangan tanpa sebarang kecederaan.

Dia disertai di barisan hadapan oleh dua pelumba Ducati Danilo Petrucci dan Jack Miller untuk perlumbaan kelima musim ini malam esok.

“Hari ini adalah antara hari yang tidak kelakar untuk menjadi seorang pelumba kerana dalam keadaan ini anda tidak tahu sama ada untuk terus menggunakan tayar basah atau kering,” kata Marquez.

“Dengan hujan renyai, ia memang menyukarkan,” tambah pendahulu kejuaraan itu.

Dia hanya mendahului satu mata di depan pencabar dari Suzuki Alex Rins, yang jauh ketinggalan di petak ke-19.

Peminat Perancis yang tidak sabar melihat harapan tuan rumah Fabio Quartararo mengulangi aksi cemerlangnya pada kelayakan di Jerez dua minggu lalu, apabila pelumba berusia 20 tahun itu menjadi pelumba termuda meraih petak pertama di MotoGP, ternyata kecewa.

Pelumba rookie Yamaha-SRT itu akan memulakan perlumbaan di petak ke-10.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 11:12 PM