POTTER (tengah) melayan soalan wartawan pada sidang media di Lancing, England, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
AFP

GRAHAM Potter dinamakan sebagai pengurus Brighton awal pagi tadi dan bercadang mengukuhkan kedudukan kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris selepas menggantikan Chris Hughton yang dipecat.

Pengendali berbangsa Inggeris berusia 44 tahun itu, yang mencipta nama sebagai pengurus di kelab Sweden, Ostersund, memukau sebagai bos kelab divisyen dua Swansea musim lalu.

Hughton dipecat minggu lalu sekalipun mengekalkan Brighton dalam Liga Perdana bagi musim kedua berturut-turut.

“Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini dan laluan yang saya ambil adalah 14 tahun belajar dan berkorban,” kata Potter pada satu sidang media.


BRIGHTON (jersi putih biru) terselamat daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan. — FOTO Agensi

“Saya kini akan melakukan yang terbaik untuk kelab dan membantu mereka meningkat.

“Liga Perdana sendiri satu cabaran terbesar. Menjadi tugas saya meyakinkan pemain mereka boleh berdepan setiap perlawanan dan menang.”

Potter, dipuji kerana corak permainan bola sepak yang menarik, mengemudi Swansea ke tangga ke-10 Liga Kejuaraan di sebalik pengurangan staf susulan tersingkir dari Liga Perdana.

Bos baharu itu, yang beraksi dengan Southampton dan West Brom sebagai pemain, berjaya membantu Ostersund mendaki liga tiga kali dan mengemudi mereka ke Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 10:39 AM