PULISIC bersama jersi Chelsea. - FOTO Agensi
Reuters

PENYERANG baharu Chelsea, Christian Pulisic yakin dia mampu sehebat Eden Hazard dan berharap dapat bergandingan dengan bintang Belgium itu musim depan.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat berusia 20 tahun itu menyertai Chelsea daripada Borussia Dortmund pada Januari lalu dengan yuran perpindahan 58 juta pound (RM264 juta) tetapi dipinjamkan segera ke kelab Jerman itu sehingga ke penghujung musim.

Dengan Hazard, 28, dikaitkan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas ini, Pulisic calon paling tepat mengisi kekosongan itu dan dia berasakan sudah bersedia menyahut cabaran itu.

Hazard menjuarai dua trofi Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa sepanjang tujuh tahun di Chelsea.

Ketika ditanya sama dia mampu menjadi setaraf Hazard, Pulisic berkata kepada Sky Sports: “Sudah tentu, saya yakin dan mampu menjadi pemain terbaik. Itu sebabnya saya bekerja keras setiap hari dan datang ke sini.

"Sungguh teruja pabila dibandingkan dengan Hazard. Kariernya lebih panjang daripada saya dan dia pemain yang sangat hebat."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mei 2019 @ 10:38 PM