MESSI mahu Valverde kekal sebagai jurulatih Barcelona. FOTO AFP
MESSI mahu Valverde kekal sebagai jurulatih Barcelona. FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi mahukan Ernesto Valverde kekal selaku jurulatih Barcelona tetapi mengakui pasukannya masih belum pulih daripada kekalahan Liga Juara-Juara kepada Liverpool ketika mereka bakal berdepan Valencia pada final Piala Raja Sepanyol awal pagi esok.

Selepas menjuarai La Liga dengan kelebihan 11 mata, Barca mampu melengkapkan gelaran berganda di peringkat domestik dengan menewaskan Valencia di Sevilla.

Bagaimanapun ia belum cukup untuk menyembuhkan kekecewaan selepas mensia-siakan kelebihan tiga gol di Anfield,

Valverde mengakui masa depannya di kelab itu masih belum pasti selepas kekalahan itu tetapi presiden kelab Josep Maria Bartomeu, berkata jurulatih itu akan kekal.

“Sejujurnya saya percaya pengurus sudah melakukan tugas dengan baik sepanjang kendaliannya,” kata Messi awal pagi tadi.

“Saya fikir mengenai kekalahan kepada Liverpool, beliau tidak wajar dipersalahkan, kamilah yang sepatutnya dipersalahkan untuk perlawanan itu.

“Ia boleh berterusan selama setahun tetapi dua tahun berturut-turut sukar dimaafkan. Pengurus sudah pasti dipersalahkan apatah lagi pemain.

“Saya mahu beliau terus berada di sini. Tahun lalu kami berjaya menjulang dia piala dan dan biarpun dicemari dengan penyingkiran Liga Juara-Juara, kami mampu menjulang dua piala musim ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 9:01 AM