Pemain Terengganu FC II, Ahmad Takhiyuddin (kanan) diasak pemain Kelantan, Cassio De Jesus (dua kiri). FOTO NSTP/GHAZALI KORI.
Malik Muhamad


PERTEMUAN Terengganu FC II (TFC II) dengan Kelantan pada aksi terakhir Liga Perdana di bulan Ramadan berakhir seri 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Skuad The Red Warriors yang terdesak untuk mengutip mata selepas menghuni di tangga tercorot liga bermula garang meledak gol pertama menerusi rembatan kencang pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Nik Azli Nik Alias dari luar kotak penalti pada m-3.

Skuad The Turtles menerusi pemain tengah, Ahmad Takhiyuddin Roslan melakukan sepakan lencong hasil sepakan percuma untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada m-9.

Skuad bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan nyaris menambah jaringan menerusi sepakan pemain import, Bruno Suzuki tetapi bola terkena tiang gol di m-18.

Pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat menambah jaringan menjadikan kedudukan 2-1 pada m-22.

Takhiyuddin sekali lagi bijak mengambil sepakan percuma dengan melakukan rembatan deras yang gagal ditepis keluar penjaga gol, Arif Abdullah untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada m-68.

Selepas jaringan itu, skuad The Turtles cuba menambah jaringan menerusi beberapa percubaan menarik melalui kapten, Akanni Sunday Wasiu dan Suzuki namun gagal sehinggalah keputusan kekal hingga perlawanan tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 12:08 AM