DAYANA YASTREMSKA
Reuters

PEMAIN Ukraine, Dayana Yastremska mengalahkan Caroline Garcia dari Perancis 6-4, 5-7, 7-6 (7/3) pada final menarik untuk memenangi kejuaraan perseorangan WTA ketiga pada Antarabangsa Strasbourg, awal pagi tadi.

Dayana menyelamatkan satu mata penamat dalam laluannya muncul juara dengan pemain berusia 19 tahun itu memperagakan persembahan mengagumkan pada perlawanan yang berakhir kurang seminit daripada tiga jam.

“Anda tetap menjadi idola saya, terima kasih kerana perlawanan ini,” kata Dayana.

“Saya berada di sini dua tahun lalu dan kalah pada pusingan pertama. Saya hampir tewas di mata penamat hari ini tapi saya gembira kerana menang.”

Dayana menyertai Kiki Bertens, Karolina Pliskova dan Petra Kvitova sebagai pemain wanita yang menang dua gelaran tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 2:00 PM