SERENA (kanan) bersalaman dengan Vitalia selepas tamat perlawanan. - FOTO AFP
AFP

SERENA Williams bangkit menewaskan pemain nombor 83 dunia dari Russia, Vitalia Diatchenko manakala Rafael Nadal dan Novak Djokovic turut melepasi pusingan pertama Terbuka Perancis, semalam.

Serena, 37, yang cuba menyamai pencapaian sepanjang zaman Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam menang 2-6, 6-1, 6-0 di Gelanggang Philippe Chatrier.

Nadal pula memulakan misi 12 gelaran Roland Garros dengan kemenangan straight set ke atas pemain kelayakan dari Jerman, Yannick Hanfmann sebelum pemain nombor satu dunia, Djokovic mengatasi bintang muda Poland, Hubert Hurkacz juga dengan straight set.

Aksi semalam adalah yang kelima buat Serena sejak tewas kepada Karolina Pliskova dalam aksi suku akhir Terbuka Australia awal tahun ini tetapi dia mempamerkan prestasi cemerlang pada set kedua dan ketiga di Paris.

"Saya agak gemuruh dan kaki saya tak bergerak tetapi saya berkata kepada diri sendiri anda perlu lakukan sesuatu,” kata pilihan ke-10 yang tidak memenangi kejuaraan utama Tebuka Australia pada 2017.

"Tidak seperti perlawanan lain, saya selalu agak gemuruh di Grand Slam terutamanya pada pusingan pertama.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 12:05 PM