Jurgen Klopp. FOTO AFP.
AFP

JURGEN Klopp berkata barisan pemain Liverpool kini adalah skuad terkuat yang dibimbing ke final ketika pasukan itu memburu kejuaraan Liga Juara-Juara berdepan seteru Liga Perdana, Tottenham, pada awal pagi Ahad.

Liverpool melakukan persediaan bagi final kedua berturut-turut Liga Juara-Juara selepas mempamerkan aksi cemerlang termasuk kebangkitan luar biasa untuk mengubah ketinggalan defisit tiga gol berdepan Barcelona pada separuh akhir dengan kemenangan 4-0 di Anfield.

Ia adalah final kejohanan Eropah ke empat buat Klopp sebagai pengurus, selepas berjaya membawa Borussia Dortmund muncul naib juara Liga Juara-Juara 2013, sebelum tewas pada final Liga Europa kepada Liverpool pada 2016.


Barisan pemain Liverpool meraikan kejayaan mengatasi AC Milan pada final Liga Juara-Juara 2005. FOTO File Reuters.

Reds melangkah ke Madrid tahun ini dengan semangat tidak mahu mengalah, dengan Klopp mencanangkan skuadnya pada 2019 lebih baik daripada pasukan yang tewas pada tiga final Eropah sebelum ini.

“Saya tidak suka menyalahkan pasukan saya yang lain (kekalahan final Eropah),” kata Klopp, di mana skuad kendaliannya tewas ke atas Real Madrid pada final Liga Juara-Juara tahun lalu.

“Saya sayang mereka semua. Mereka memberikan segalanya namun saya tidak pernah memiliki sebahagian daripada final dengan pasukan yang lebih baik daripada ini.

“Saya tidak begitu terkejut dengan perkara ini kerana dari apa yang saya perhatikan pemain menggabungkan potensi dan sikap dengan baik. Ia sangat bijak.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 9:37 PM