MAHREZ (kanan) bersaing dengan pertahanan Belgium, Toby Alderweireld pada Piala Dunia Brazil 2014. — FOTO Agensi
Reuters

ALGERIA menamakan pemain tengah menyerang Manchester City, Riyad Mahrez dalam skuad 23 pemain bagi pusingan akhir Piala Negara Afrika di Mesir, namun tiada tempat buat penyerang Montpellier, Andy Delort.

Pemain remaja kebangsaan Perancis, Delort berharap untuk tampil kali pertama buat pasukan itu selepas mengumumkan kesudiannya bertukar pasukan awal bulan ini, namun dia diketepikan jurulatih Djamel Belmadi.

Pemain tengah Napoli, Adam Ounas berada dalam skuad, di samping penyerang prolifik Baghdad Bounedjah, yang menyumbat 39 gol dalam 21 perlawanan buat kelab Qatar, Al Sadd musim ini.

Pasukan itu akan berkumpul Isnin ini dan bermain dua perlawanan persahabatan di Doha menjelang pusingan akhir, menentang Burundi pada 11 Jun dan Mali lima hari kemudian.

MAHREZ (kanan) bertindak cemerlang membantu Manchester City memenangi tiga trofi musim ini. — FOTO Agensi

Algeria diundi dalam Kumpulan C pada kejohanan dari 21 Jun hingga 19 Julai bersama Senegal, Kenya dan Tanzania. Pasukan utara Afrika itu pernah muncul juara sekali pada 1990.

SKUAD ALGERIA

Penjaga gol: Rais M’Bolhi (El Etifaq), Azzedine Doukha (Al Raed), Alexandre Oukidja (Metz)

Pertahanan: Aissa Mandi (Real Betis), Mehdi Zeffane (Rennes), Ramy Bensebaini (Rennes), Rafik Halliche (Moreirense), Mehdi Tahrat (Lens), Djamel Benlamri (Al Shabab), Youcef Atal (Nice), Mohamed Fares (SPAL)

Tengah: Haris Belkebla (Brest), Ismail Bennacer (Empoli), Mehdi Abeid (Dijon), Sofiane Feghouli (Galatasary), Adlene Guedioura (Nottingham Forest), Hicham Boudaoui (Paradou)

Penyerang: Adam Ounas (Napoli), Riyad Mahrez (Manchester City), Islam Slimani (Fenerbahce), Yacine Brahimi (Porto), Baghdad Bounedjah (Al Sadd), Youcef Belaili (Esperance)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 10:40 AM