Aksi Petra Martic ketika menewaskan Karolina Pliskova di Terbuka Perancis. FOTO AFP.
AFP

PEMAIN pilihan kedua Karolina Pliskova tersingkir dari saingan Terbuka Perancis hari ini selepas tewas 6-3, 6-3 ke atas pemain Croatia, Petra Martic.

Pemain Czech, Karolina beraksi serba tidak kena berdepan pemain pilihan ke 31, yang akan berdepan sama ada pemain Russia, Veronika Kudermetova atau Kaia Kanepi (Estonia) untuk tempat ke suku akhir.

Kekalahan Karolina bermakna Naomi Osaka kekal di ranking pertama selepas Roland Garros.

Petra setakat ini memenangi 14 perlawanan di gelanggang pada musim ini, lebih daripada mana-mana pemain di jelajah WTA.

Bekas pemain nombor satu dunia Karolina kekal tanpa kemenangan Grand Slam dalam kariernya, walaupun hadir ke Paris dengan harapan tinggi selepas pencapaian cemerlang pada Terbuka Itali di Rome.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 9:22 PM