Rowley mahu bukti kemampuan bersama Kedah. FOTO NSTP
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my


PEMAIN tengah Kedah, David Rowley yakin aksinya bersama rakan lebih berpengalaman dalam skuad Lang Merah mampu melonjakkan prestasi musim ini.

Berdarah campuran Malaysia dan Inggeris kelahiran Brisbane, Australia, Rowley, 29 mahu mempamer aksi terbaik selepas dipilih mewakili skuad Lang Merah pada tempoh jendela perpindahan kedua lalu.

"Kepercayaan diberikan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk bersama Kedah amat dihargai.

“Saya berazam membalas kepercayaan dan membuktikan kemampuan terbaik bersama pasukan.

"Sebagai pemain baharu, kerjasama dengan ramai pemain berpengalaman dalam pasukan mampu membantu meningkatkan keupayaan serta prestasi yang saya harapkan pada musim ini.

"Mereka bijak mengatur gerakan dan teruja dengan barisan pemain muda Kedah yang cepat menunjukkan peningkatan”.

Rowley bagaimanapun tidak merasa tekanan berada dalam pasukan Kedah kerana kerana mendapat sokongan pemain dan jurulatih.

Dia sebelum ini bersama skuad Negeri Sembilan dan Kelantan dalam Liga Malaysia, dipilih kali pertama berada dalam kesebelasan utama Lang Merah sewaktu menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super pada 26 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 5:14 PM