X
Mourinho kata Reds mampu ke final kali ketiga berturut-turut. FOTO NSTP
Mourinho kata Reds mampu ke final kali ketiga berturut-turut. FOTO NSTP
Agensi

BEKAS pengurus Manchester United, Jose Mourinho meramalkan Liverpool akan ke final Liga Juara-Juara (UCL) untuk tahun ketiga berturut-turut selepas menyaksikan skuad Jurgen Klopp menewaskan Tottenham di Madrid, awal pagi tadi.

Mourinho yang membuat analisa selaku pengulas sukan di beIN SPORTS bersama bekas bos Arsenal, Arsene Wenger memuji skuad kendalian Klopp meraih gelaran keenam Piala Eropah.

Mourinho berkata: “Real Madrid melakukan tiga kali berturut-turut ke final.

Mengapa tidak Liverpool tampil ke final tiga kali berturut-turut juga?

“Mengapa Liverpool, pasukan bagus seperti ini, bersemangat tinggi dan memiliki persefahaman yang tinggi.

Kelab, pengurus, pemain dan penyokong. Mengapa tidak kali ketiga?'

Bagaimanapun, pengurus berusia 56 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai cabaran perlu dihadapi Liverpool musim depan.

Dia berkata: “Apa saya perkatakan adalah pasukan yang mahu memenangi UCL. Juventus, Bayern (Munich), PSG, Manchester City, Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid. Ada tujuh atau lapan pasukan.”

Liverpool menjulang Piala Eropah kali ke-6 di Wanda Metropolitano menerusi jaringan Mohamed Salah dan Divock Origi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 6:11 PM