KLOPP (tengah) memegang trofi Piala Eropah ketika perarakan kejuaraan Reds di sepanjang bandaraya Liverpool, awal pagi tadi. — FOTO AFP
KLOPP (tengah) memegang trofi Piala Eropah ketika perarakan kejuaraan Reds di sepanjang bandaraya Liverpool, awal pagi tadi. — FOTO AFP
Agensi

PEMILIK Liverpool berhasrat untuk mengikat pengurus Juergen Klopp dengan kontrak baharu selepas kejayaan kelab itu memenangi Liga Juara-Juara.

Hampir 750,000 penyokong menyambut kepulangan Klopp - kontrak semasanya berakhir pada 2022 - dan pemainnya awal pagi tadi selepas kemenangan 2-0 ke atas Spurs di Madrid.

Fenway Sports Group mahu mengikat pengendali dari Jerman berusia 51 tahun itu lebih lama lagi.

“Juergen seorang jurulatih hebat tapi beliau juga merendah diri dan lelaki penyayang,” kata pengerusi Tom Werner.

KLOPP (dua kanan) bersama pemainnya sebaik tiba dari Madrid. — FOTO Reuters
KLOPP (dua kanan) bersama pemainnya sebaik tiba dari Madrid. — FOTO Reuters

“Apabila pemain menjulang Juergen ke udara selepas kemenangan kami, mereka menyedari apa yang diketahui penyokong Liverpool - beliau disayangi oleh setiap orang yang menghargai bola sepak.”

Ia trofi utama pertama mereka sejak Klopp tiba di Anfield pada 2015 dan pengurus itu menyatakan beliau kagum dengan kehadiran begitu ramai penyokong ketika perarakan kejuaraan.

Liverpool, yang kalah final musim lalu di tangan Real Madrid, mengutip 97 mata dalam Liga Perdana Inggeris muim ini dan hanya kalah sekali namun berakhir di tangga kedua di belakang Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 12:21 PM