LEXI Thompson. FOTO AFP
AFP

LEXI Thompson mencatat eagle pada lubang terakhir awal pagi tadi untuk empat di bawah par 67, bangkit daripada ketinggalan pada pusingan terakhir untuk menjulang gelaran Shoprite Classic dengan kelebihan satu pukulan.

Lexi yang muncul naib juara pada Terbuka Wanita AS minggu lalu mengumpul 12 di bawah par 201 keseluruhan di Kelab Golf Seaview di Galloway, New Jersey.

“Saya hanya yakin dengan pukulan sendiri,” kata Lexi.

“Bogey pada sembilan lubang terakhir, ia bukanlah pukulan atau bogey yang teruk. Anda hanya perlu lupakannya.”

Dia mendahului satu pukulan di depan pendahulu 36 lubang Lee6 Jeong-eun untuk gelaran LPGA ke-11 dan ia hadir di lapangan dia muncul juara profesional sembilan tahun lalu.

“Saya sedar bahawa ia akan menjadikan permainan lebih sukar, kerana lapangan golf ini boleh menjadi terlalu berangin dengan haluan angin tidak menentu,” kata Lexi.

Kemenangan itu memberikan Lexi siri kemenangan paling lama dalam Jelajah LPGA AS, dengan kemenangan untuk setiap tahun sepanjang tujuh tahun lalu.

Dia juga pemenang ke-13 yang berbeza musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 12:26 PM