Fauzi bersama keluarganya meraikan Aidilfitri penuh ceria tahun ini. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


DERITA ditanggung bekas pemain Melaka, Mohd Fauzi Kassim berakhir apabila sudah mampu berjalan semula.

Malah, dia juga sudah boleh menunaikan solat tanpa mengunakan tongkat atau kerusi.

Fauzi yang dalam proses pemulihan boleh menarik nafas lega selepas masalah tulang rawan pinggul hancur diganti dengan implan titanium.

Selepas dua bulan menjalani pembedahan bernilai RM34,000 itu, dia juga bersedia turun padang semula, minggu depan untuk kembali melatih pasukan belia Melaka.

“Saya ucap terima kasih kepada individu dan semua pihak merealisasikan hasrat membolehkan pembedahan dilakukan segera termasuk sokongan wang dan motivasi.

Katanya, kisah penderitaan tersiar di NSTP sebelum ini memberi impak terhadap usaha tindakan segera pembedahannya yang ditanggung pihak insurans.

"Syukur tidak terhingga atas segalanya hingga pulih kembali.

Katanya, dia terharu dapat berhari raya bersama keluarga dan mampu mengunjungi sahabat handai sepanjang Aidilfitri tahun ini.

“Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada bekas rakan sepasukan termasuk skuad belia Melaka yang menganjurkan perlawanan amal untuk membantu kos pembedahan itu”.

Fauzi turut menyatakan penghargaan kepada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) serta akhbar NSTP dan rakan media sosial.

Pada era gemilangnya Fauzi mewakili Melaka (2001, 2003 dan 2009), PROTON (2002), PKNS (2004), Telekom Melaka (2005), TNB (2006), Felda United (2007), Perak (2010), ATM (2011) Johor FA  2012

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 2:01 PM