BANINI (tengah) diasak pemain Jepun. FOTO Agensi
AFP

PADA hari yang mempertaruhkan aksi bertahan lebih daripada menyerang, Kanada menemui gol yang dicari untuk menewaskan Cameroon namun Argentina mengecewakan Jepun dan mengutip mata pertama di Piala Dunia Wanita.

Di Paris, Argentina mengekang Jepun, finalis pada dua edisi terakhir Piala Dunia Wanita, untuk melakukan tiga percubaan berbahaya namun gagal mencipta peluang mudah menjaringkan gol.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan pertama dalam kejohanan kali ini dan ketujuh dalam sejarah kejohanan itu.

Keputusan itu memberikan kedua-dua pasukan satu mata dalam Kumpulan D, di belakang England yang menewaskan Scotland Ahad lalu.

Sebaik tiupan wisel penamat di laman Paris Saint-Germain, Parc des Princes pemain gantian Argentina melompat dari bangku simpanan untuk menyertai pemain di padang selepas meraih mata pertama Piala Dunia selepas tujuh kali mencuba.


REAKSI Kadeisha Buchanan (kiri) selepas berjaya meledakkan gol untuk Kanada. FOTO AFP

“Mata ini amat penting bagi kami. Saya fikir kami mampu memberi bayangan mengenai kehebatan Argentina dan kepentingannya dalam pasukan,” kata kapten Argentina, Estefania Banini yang turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Kami tidak cukup bagus untuk merobek pertahanan Argentina hari ini,” kata jurulatih Jepun, Asako Takahara.

Dalam perlawanan di Montpellier, Cameroon yang beraksi dalam Piala Dunia Wanita kedua mereka, juga mempamerkan aksi bertahan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E.

Kanada bergelut memburu jaringan dan hanya mendapat peluang terbaik menerusi set piece sebelum separuh masa kedua.

Pertahanan Kadeisha Buchanan berjaya menyambut jaringan pada saat akhir dan menanduk masuk melepasi Annette Ngo Ndom di gawang Cameroon goal.

Ia adalah jaringan keempat antarabangsa Kadeisha. Tiga daripadanya adalah menerusi tandukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 12:47 PM