LORENZO Insigne meraikan kemenangan selepas menewaska Bosnia-Herzegovina 2-1, awal pagi tadi. FOTO AFP
LORENZO Insigne meraikan kemenangan selepas menewaska Bosnia-Herzegovina 2-1, awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

LORENZO Insigne dan Marco Verratti bangkit dengan jaringan separuh masa kedua ketika Itali menewaskan Bosnia-Herzegovina 2-1 untuk melebarkan aksi sempurna pada kelayakan Euro 2020 kepada empat perlawanan di Turin awal pagi tadi.

Penyerang Roma Edin Dzeko meletakkan Bosnia di depan selepas minit ke-32 di Stadium Juventus ketika tuan rumah bolos buat kali pertama dalam kelayakan kejohanan Eropah itu.

Namun Insigne membalasnya selepas rehat separuh masa dengan voli menakjubkan dan kapten Napoli itu kemudiannya membantu Verratti mencatat gol kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan.

Skuad Roberto Mancini itu mendahului Kumpulan J dengan 12 mata selepas empat perlawanan dengan 13 gol dijaringkan dan satu bolos.

Bekas pengendali Manchester City dan Inter Milan itu juga kagum dengan karakter yang ditunjukkan pasukannya untuk bangkit daripada ketinggalan.

“Saya menjangkakan perlawanan yang sukar tetapi kami mempamerkan kekuatan dan kesungguhan untuk mengubah keputusan, “ kata Mancini.

“Perkara pentingnya adalah kami di tangga teratas kumpulan, saya tidak melihat kepada pasukan lain.

“Kami mahu meletakkan pasukan kami pada kedudukan terbaik untuk peluang menyertai Euro 2020,” kata Mancini menjelang kejohanan yang bermula di Rome, 12 Jun tahun depan.

Itali akan menentang Armenia selepas ini pada 5 September manakala Bosnia menanti kunjungan Liechtenstein.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 9:04 AM