BABA (tengah) ketika menyarung jersi Schalke 04. — FOTO Getty Images
Reuters

PERTAHANAN Chelsea, Abdul Rahman Baba dijangka membuat kemunculan semula bersama Ghana pada pusingan akhir Piala Negara Afrika selepas dinamakan dalam skuad 23 pemain bagi kejohanan di Mesir yang bermula minggu depan.

Pemain berusia 24 tahun itu kali terakhir beraksi buat negaranya pada pusingan akhir 2017 di Gabon yang mana dia mengalami kecederaan lutut serius yang menjejaskan kariernya.

Dia kembali beraksi pada Mei tahun lalu namun gagal beraksi dalam pasukan utama Schalke 04 dan menghabiskan babak kedua kempen bermain secara pinjaman di Stade Reims dalam liga Perancis.

Andre Ayew akan mengetuai Ghana bagi penampilan keenamnya pada pusingan akhir, manakala pemain berusia 33 tahun Asamoah Gyan akan beraksi kejohanan ketujuh.

SKUAD GHANA

Penjaga gol: Felix Annan (Asante Kotoko), Lawrence Ati-Zigi (Sochaux), Richard Ofori (Maritzburg United).

Pertahanan: Lumor Agbenyenu (Goztepsor), Joseph Aidoo (Racing Genk), Joseph Attamah (Basaksehir), Abdul Rahman Baba (Stade Reims), John Boye (Metz), Jonathan Mensah (Columbus Crew), Kassim Nuhu (Hoffenheim), Andy Yiadom (Reading).

Tengah: Afriyie Acquah (Empoli), Thomas Agyepong (Hibernian), Kwadwo Asamoah (Inter Milan), Christian Atsu (Newcastle United), Andre Ayew (Fenerbache), Samuel Owusu (Cukaricki Belgrade), Thomas Partey (Atletico Madrid), Mubarak Wakaso (Deportivo Alaves).

Penyerang: Jordan Ayew (Crystal Palace), Caleb Ekuban (Trabzonspor), Asamoah Gyan (Kayserispor), Kwabena Owusu (Leganes).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 7:01 PM