DJENEPO meraikan jaringan bersama Standard Liege pada aksi Liga Europa. — FOTO Reuters
Reuters

SOUTHAMPTON mengikat pemain kebangsaan Mali, Moussa Djenepo dari Standard Liege dengan kontrak empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu menjadi pemain pertama dibeli pengurus Ralph Hasenhuttl sejak tiba di kelab itu Disember lalu.

Djenepo menyertai Southampton selepas musim cemerlang bersama Standard Liege, yang mana dia menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan sekali gus membantu mereka berakhir di tangga ketiga liga utama Belgium.

“Kami amat gembira untuk menerima kehadiran Moussa sebagai pemain pertama menyertai kami menjelang musim baharu,” kata Hasenhuttl dalam satu kenyataan di laman web kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 9:15 PM