PEMAIN negara meraikan kemenangan pada perlawanan sebelum ini. — FOTO Konfederasi Hoki Malaysia
Saiful Affendy Sapran


SKUAD hoki wanita negara menamatkan kempen Pusingan Akhir Siri FIH dengan menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Republik Czech 3-0 pada penentuan ketiga-keempat di Banbridge, Ireland Utara, malam ini.

Meskipun gagal melangkah ke final sekali gus meraih tiket automatik ke kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun pencapaian skuad negara pada kejohanan itu wajar menerima pujian.

Anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mendahului pada minit ke-11 menerusi jaringan padang Hanis Nadiah Onn.

Fazilla Sylvester Silin bertindak cemerlang dengan menambah gol kedua, juga menerusi gol padang pada minit ke-34.

Kedudukan itu bertahan hingga hujung perlawanan sebelum Nuramirah Zulkifli mengesahkan kemenangan Malaysian Tigress menerusi jaringan padang pada minit terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 11:08 PM