Hafizh gagal menamatkan perlumbaan pada GP Sepanyol. FOTO NSTP/REUTERS
Saiful Affendy Sapran


"SAYA sangat kecewa kerana enjin terhenti selepas beberapa pusingan.

Itu reaksi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix Catalunya berikutan masalah jentera, semalam.

Pelumba Red Bull KTM itu mengakui jika tidak mengalami masalah itu, dia menjangkakan mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik sekaligus meraih mata berharga.

"Saya mempunyai kepantasan yang dimahukan dan agak sukar untuk saya menggambarkan perasaan kecewa ini kerana saya yakin mampu meraih mata dan menamatkam saingan di kedudukan 10 terbaik selepas beberapa insiden kemalangan ketika perlumbaan," katanya.

Jelas Hafizh yang turut gagal menamatkan perlumbaan GP Perancis dua minggu lalu, sukar untuknya menerima ketentuan itu.

"Saya cuba untuk menghidupkan semula enjin tetapi ia tidak berhasil.

Apa perlu saya lakukan sekarang adalah untuk cuba beraksi lebih baik pada pusingan seterusnya.

"Tiada apa lagi yang dapat saya katakan selain hanyalah situasi sukar ketika ini," katanya.

Selepas tujuh pusingan, Hafizh baru mengumpul dua mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 5:05 PM