JOO Ven ketika menentang pemain Singapura, Chao Huang di Arena Badminton Perak, Ipoh, hari ini. — FOTO BERNAMA
JOO Ven ketika menentang pemain Singapura, Chao Huang di Arena Badminton Perak, Ipoh, hari ini. — FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


PERSEORANGAN lelaki negara, Soong Joo Ven yang juga pilihan utama Siri Antarabangsa Malaysia di Ipoh mengakui mula terasa bahang selepas Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraan minggu lalu.

Menurut juara kebangsaan itu, harapan yang tinggi sudah pasti akan diletakkan di bahunya apabila beraksi pada mana-mana kejohanan.

“Bagaimanapun, saya harus sentiasa berhati-hati dengan perkara ini dan berharap mampu memberikan persembahan terbaik dalam setiap pusingan di sini,” katanya kepada Arena Metro hari ini.

Joo Ven mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pemain Singapura, Chao Huang 21-17, 21-18.

Menantinya pada pusingan kedua esok adalah pemain Indonesia, Henrikho Kho Wibowo yang sebelum itu mengalahkan seorang lagi pemain Singapura, Imran Khan 21-14, 19-21, 21-11.

“Saya rasa kami sentiasa menghormati siapa saja lawan kami, begitu juga Henrikho dan tidak boleh memandang mudah keupayaannya,” katanya yang pernah menumpaskan pemain itu pada pusingan kelayakan Terbuka New Zealand tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 8:55 PM
Digital NSTP Subscribe