PEMAIN Pahang, Lazarus Kaimbi (kiri) diasak pemain PKNP FC, Amani Santos Aguinaldo pada saingan Liga Super 2019, di Stadium Darul Makmur. FOTO: Farizul Hafiz Awang


PAHANG kembali mencetak kemenangan apabila membenam PKNP FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Seri 0-0 dengan Kedah Jumaat lalu, menyaksikan kebangkitan yang dipersembahkan skuad kendalian Dollah Salleh untuk mengutip tiga mata di laman sendiri.

Namun, pada perlawanan itu, Tok Gajah terpaksa menunggu minit ke-20 untuk merobek gawang lawan menerusi jaringan pemain import dari Namibia, Lazarus Kiambi.

Lebih mengembirakan, jaringan yang disempurnakan Kaimbi adalah yang pertama selepas beraksi dalam dua perlawanan untuk membantu Pahang mendahului 1-0.

Seorang lagi penyerang import Dickson Nwakaeme menjaringkan gol kedua pada minit ke-30 untuk memastikan kemenangan tuan rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 11:47 PM