Yusry harap pemain tidak hilang fokus pada baki perlawanan musim ini. FOTO NSTP
Yusry harap pemain tidak hilang fokus pada baki perlawanan musim ini. FOTO NSTP
 Pemain Kelantan, L’Imam Seydi melakukan cubaan dipintu gol sempat dihalang penjaga gol Johor Darul T’azim II (JDT II), Muhammad Haziq Hadzli dalam saingan perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu. FOTO NSTP/SYAMSI SUHAIMI
Pemain Kelantan, L’Imam Seydi melakukan cubaan dipintu gol sempat dihalang penjaga gol Johor Darul T’azim II (JDT II), Muhammad Haziq Hadzli dalam saingan perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu. FOTO NSTP/SYAMSI SUHAIMI
Attirmidzie Rahman


KETUA jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mahu pemainnya terus memberikan tumpuan terhadap baki perlawanan Liga Perdana untuk mencipta kemenangan sekali gus keluar dari zon penyingkiran ke Liga M3 musim depan.

Yusri berkata, dia berharap pemain tidak hilang fokus memperoleh mata bagi menyelamatkan pasukan daripada terus terperosok di bawah liga.

"Saya yakin semua pemain akan berusaha sedaya meraih mata kemenangan pada perlawanan seterusnya.

"Keputusan seri cukup baik memandangkan pemain cukup tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti seawal minit kelima," katanya selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) ll di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Mengulas perlawanan itu, Yusri berkata kemampuan pasukannya mencuri mata bertemu dengan JDT ll sesuatu keputusan yang boleh dibanggakan dalam keadaan pasukannya itu yang serba kekurangan.

"Kami hanya mempunyai seorang pemain import, itu pun bukan 100 peratus cergas berbanding dengan pasukan JDT ll dibarisi oleh pemain import berkualiti dan pemain tempatan yang berpengalaman.

"Walaupun tertekan, namun Alhamdulillah kami memperoleh mata dalam keadaan kritikal selepas lapan perlawanan terakhir sebelum ini pasukan masih belum mendapat kemenangan," katanya.

Katanya sebagai jurulatih, dia amat berharap mendapat khidmat pemain berpengalaman untuk memperkuatkan pasukannya memandangkan skuadnya kini dibarisi pemain muda.

"Kami memerlukan pemain berpengalaman yang dapat mengimbangi kekuatan pemain muda sedia ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 4:27 PM