RONALDINHO (dua kanan) cuba melepasi halangan pemain Sabah di Stadium Hang Jebat, malam ini. — FOTO BERNAMA
Nazri Abu Bakar


KEBANGKITAN menarik Sabah pada babak kedua membantu mereka mengatasi PDRM 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini sekali gus merampas semula kedudukan teratas daripada JDT II.

The Cops yang banyak menguasai 45 minit pertama mencipta jaringan menerusi sepakan percuma Lee Chang Hoon pada minit ke-32.

Sepakan percuma itu diberikan berpunca tindakan pertahanan lawan menjatuhkan penyerang Patrick Ronaldinho di luar kotak penalti.

Pada babak kedua, anak buah jurulatih Jelius Ating bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Rodoljub Paunovic pada minit ke-76 sebagai pembuka semangat buat mereka menekan PDRM.

Aksi pelawat lebih tersusun selepas itu dengan menggandakan asakan hingga gawang tuan rumah bocor lagi menerusi tandukan Alto Linus pada minit ke-82 sekali gus menceriakan pasukan Negeri Di Bawah Bayu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 11:52 PM