Erin Cuthbert (tengah) meraikan jaringan buat Scotland. FOTO AFP
AFP

FLORENCIA Bonsegundo menyempurnakan sepakan penalti yang diambil kali kedua pada minit terakhir perlawanan tatkala Argentina bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk seri 3-3 menentang Scotland, pada aksi bola sepak Piala Dunia Wanita, awal pagi ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Scotland tersingkir daripada persaingan dan memberi wakil Amerika Selatan itu peluang tipis untuk mara ke peringkat seterusnya.

Argentina perlu mengharapkan keputusan luar biasa dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mara sebagai salah satu daripada tiga pasukan terbaik yang berjaya menduduki tempat ketiga kumpulan.

Minit akhir perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan mengkritik mengenai VAR. Di sebalik terlalu banyak masa diambil untuk melihat dua tayangan, namun tambahan masa permainan berkurangan.

“Pengalaman menjadikan kami untuk tidak melakukan bantahan terhadap keputusan yang dibuat pengadil,” kata jurulatih Argentina, Carlos Borrello.

"Kami tewas pada empat dan lima minit. “Kami menamatkan perlawanan dengan keputusan yang baik,” katanya. “Saya fikir jika masa perlawanan berlanjutan kami mampu mencatat kemenangan.”

Scotland berjaya memperolehi penalti dalam tiga perlawanan mereka.

“Kami fikir cukup sukar melakukannya dalam tiga perlawanan dimana VAR digunakan dan kami kurang bernasib baik,” kata jurulatih Scotland, Shelley Kerr.

Kim Little, Jen Beattie dan Erin Cuthbert meletakkan Scotland mendahului 3-0 selepas 69 minit permainan. Cuthbert dinobatkan pemain terbaik perlawnan.

Selepas jaringan Cuthbert, Milagros Menendez merapatkan kedudukan dengan gol pertama Argentina pada kejohanan itu pada minit ke 74.


Penyerang Argentina, Florencia Bonsegundo (kiri) cuba dihalang pemain Scotland, Claire Emslie pada aksi Piala Dunia. FOTO AFP

Lima minit kemudian rembatan Bonsegundo melantun terkena palang dan terkena penjaga gol Lee Alexander lalu menerjah jaring.

Dengan dua minit sebelum berakhir perlawanan, tayangan VAR berlarutan membolehkan Argentina dihadiahkan penalti.

Alexander menyelamatkan sepakan pertama Bonsegundo namun VAR mendapati penjaga gol itu berada melepasi garisan gol dan Argentina memastikan jaringan pada penalti yang kedua ketika minit akhir perlawanan.

Keputusan seri itu menyaksikan Scotland dengan satu mata, di tangga terbawah kumpulan D dan tersingkir manakala Argentina dengan dua mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 8:08 AM