JUAN Martin.
AFP

JUAN Martin del Potro terpaksa berehat panjang akibat kecederaan dan sudah pasti akan terlepas Wimbeldeon bulan depan selepas retak tempurung lutut kanannya buat kali kedua dalam tempoh sembilan bulan.

Pemain Argentina itu tergelincir di gelanggang ketika akhir perlawanan pusingan pertama di Queen’s Club di London menewaskan Denis Shapovalov semalam malah mungkin tidak dapat beraksi di Terbuka AS lewat tahun ini.

“Pemeriksaan perubatan yang dilakukan di sebuah klinik di London malam tadi menunjukkan Juan Martin del Potro sekali lagi mengalami keretakan di patella (tempurung lutut) kanan,” kata ketua komunikasi Del Potro Jorge Viale menerusi Twitter hari ini.

“Selepas berbincang dengan doktornya Angel Cotorro, kecederaan berkenan disahkan memerlukan pembedahan.

“Ia akan dilakukan beberapa hari lagi dengan tarikh dan lokasi akan ditentukan kemudian.”

Del Potro mengalami kecederana sama selepas terjatuh sewaktu perlawaan menentang pemain Croatia Borna Coric pada Shanghai Masters Oktober lalu.

Pemain nombor 12 dunia itu kembali beraksi Februari lalu tetapi hanya beraksi dalam lima kejohanan musim ini dan tidak sempat pulih untuk Wimbledon bermula 1 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 11:57 PM