Raul Gonzalez. FOTO AFP
AFP

LEGENDA Real Madrid, Raul disahkan sebagai jurulatih skuad simpanan, Castilla, untuk musim depan.

Bekas penyerang Raul, yang menjaringkan 323 gol buat Madrid dan antara pemain yang paling berjaya, dinaikkan pangkat selepas menimba pengalaman bersama pasukan bawah 18 tahun dan skuad akademi kelab itu.

Menurut kenyataan kelab, yang menyifatkan Raul sebagai “legenda” berkata, “Raul akan mengetuai Castilla musim depan. Raul, yang sudah menjadi jurulatih pasukan kadet B dan Juvenil B, akan memulakan tugas baru fasa profesional di Real Madrid.”

Warga Sepanyol itu dikaitkan untuk mengambil alih tugas pasukan utama musim lalu selepas Julen Lopetegui dan Santiago Solari dipecat namun dia kekal bersama barisan pemain junior.

Walaupun, Solari meletak jawatan daripada tugasnya buat Castilla dan digantikan dengan Zinedine Zidane, yang mula diberikan tugas berkenaan sejak 2016, juga selepas berkerja dengan pasukan B.

Ini bermakna perkembangan Raul akan dipantau sepenuhnya pada penggal hadapan, dengan ramai yang percaya dia mampu mengalas tugas utama.

Castilla menamatkan saingan di tempat ke empat dalam kumpulan 1 daripada Segunda B musim lepas namun terlepas peluang untuk beralih ke liga utama selepas tewas kepada Cartagena dalam playoff.

Raul meninggalkan Real Madrid pada 2010 selepas 16 musim dan antara penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman, dibelakang Cristiano Ronaldo. Dia juga memenangi enam kejuaraan La Liga dan tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 7:03 AM