Pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva meraikan kemenangan ke atas Naomi Osaka di Birmingham Classic. FOTO Reuters
Pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva meraikan kemenangan ke atas Naomi Osaka di Birmingham Classic. FOTO Reuters
AFP

PEMAIN nombor satu dunia, Naomi Osaka terpaksa akur dengan kekalahan dalam straight set kepada Yulia Putintseva di Birmingham Classic malam tadi, sekali gus memberi peluang buat Ashleigh Barty untuk menamatkan hujung minggu ini di tempat teratas ranking pemain.

Naomi mengakui dia belum serasi beraksi di gelanggang rumput dan ia jelas terbukti apabila tewas mudah kepada Yulia 2-6, 3-6.

Juara Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Australia kini berdepan risiko latihan perlawanan singkat di gelanggang rumput menjelang aksi Wimbledon selepas pemain itu tidak mendaftar untuk bermain di Eastbourne minggu depan.

Yulia memulakan aksi permulaan meyakinkan dengan mendahului kedudukan 5-0 pada set pertama dan Naomi dilihat sering melakukan kesilapan dalam pukulan servis gagal bangkit pada perlawanan itu.

Naomi gagal memperolehi mata pada set permulaan dan kedua, namun bangkit mendahului 3-2 sebelum Yulia bangkit untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam itu.

“Saya perlu lebih bebas untuk membuat pukulan, dan tidak bimbang dengan apa yang berlaku. Saya lebih agresif dan mengubah rentak, ia membantu saya memenangi perlawanan itu,” kata Yulia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 8:55 AM