Benitez pernah membimbing Liverpool. FOTO Agensi
Reuters

PENGURUS Rafa Benitez dijangka meninggalkan Newcastle United apabila kontraknya tamat pada 30 Jun ini, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Benitez yang tiba di St James' Park pada Mac 2016, meninggalkan kelab itu selepas membawa Newcastle menduduki tempat ke-13 liga perdana musim lalu.

“Kami amat kecewa untuk mengumumkan bahawa pengurus Rafael Benítez akan meninggalkan Newcastle United selepas kontraknya tamat pada 30 Jun ini,” menurut kenyataan kelab itu.

“Kami sudah berusaha melanjutkan kontrak Rafa untuk jangka masa akan datang, begitupun persetujuan gagal dicapai dengan Rafa dan wakilnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 8:53 PM