Jozy Altidore (dua kiri) meraikan jaringan skuad AS pada aksi Piala Emas Concacaf. FOTO AFP
Agensi

JARINGAN menarik Jozy Altidore pada separuh masa kedua perlawanan memastikan kemenangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Panama pada aksi kumpulan D Piala Emas Concacaf, sebentar tadi.

Kemenangan pada perlawanan yang berlangsung di Children’s Mercy Park, Kansas membolehkan AS muncul juara kumpulan D dengan sembilan mata manakala Panama di tangga kedua dengan enam mata.

AS akan berdepan Curacao pada pagi Isnin manakala Panama naib juara kumpulan akan menentang Jamaica di peringkat suku akhir pada hari sama.

Terdahulu pada aksi kumpulan sama di gelanggang sama Trinidad & Tobago terikat 1-1 menentang Guyana. Kedua-dua pasukan yang tidak mempunyai peluang untuk layak ke suku akhir hanya memungut satu mata selepas berakhir saingan kumpulan.

Guyana terlebih dahulu mengejutkan lawan menerusi gol pembukaan Neil Danns minit ke-54 sebelum Kevin Molino menyamakan kedudukan buat Trinidad & Tobago pada minit ke-80 permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 12:52 PM