Aidil (tengah) mahu skuadnya mara ke final Piala FA. FOTO NSTP
Izzali Ismail


FAKTOR kecergasan menjadi perhatian ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak apabila Lang Merah berdepan FELDA United pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Ahad ini.

Aidil berkata pemainnya memerlukan tahap kecergasan terbaik untuk layak ke final Piala FA musim ini.

"Semangat untuk meneruskan perjuangan semakin memuncak. Apa perlu kami beri perhatian sekarang adalah faktor kecergasan selepas aksi menentang PJ City di Darul Aman, kelmarin.

"Saya mengharapkan kesebelasan utama mendapat kecergasan terbaik nanti," kata Aidil.

Kedah perlu waspada dengan skuad The Fighters membariskan pemain seperti Thiago Junio, kapten Hadin Azman, Kei Ikeda dan juga pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Kamal.

"Kelicikan pemain FELDA beraksi di laman sendiri dengan rumput tiruan adalah cabaran perlu diawasi dan tidak boleh leka.

"Bekalan satu gol diperolehi di Darul Aman sebelum ini perlu dilupakan seketika. Kami mahu menang di ditempat lawan.

"Impian pemain melangkah ke final dan mengambil peluang memanfaatkan peluang sebaik-baiknya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 3:19 PM