Jorge Lorenzo terbabit kemalangan. FOTO Agensi
Reuters

PELUMBA Honda Jorge Lorenzo terpaksa menarik diri daripada perlumbaan Moto Grand Prix (GP) Belanda hujung minggu ini selepas dikejarkan ke hospital susulan terbabit kemalangan ketika latihan di Assen, hari ini.

Laporan doktor MotoGP mendapati juara MotoGP tiga kali, yang terbabit dalam beberapa kemalangan besar sepanjang tahun lalu dan terlepas empat perlumbaan pada 2018, mengalami kecederaan retak tulang belakang.

Pengarah perubatan MotoGP Angel Charte berkata, pelumba berkenaan dipindah ke Barcelona untuk melakukan imbasan lanjut.

“Kami menyangkakan ia tidak akan ada pembedahan, namun kami belum pasti sehingga melakukan MRI (imbasan),” menurutnya kepada laman web MotoGP. “Dia nampak baik namun dalam keadaan sakit yang ketara dan tidak mampu bergerak.”

Lorenzo berada di tempat ke-15 dalam kedudukan selepas tersingkir keluar daripada perlumbaan sebelumnya di Sepanyol dan ketinggalan jauh di kalangan pelumba lain termasuk pencabar kejuaraan dari Ducati, Andrea Dovizioso dan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Dia memungut 19 mata selepas tujuh perlumbaan manakala rakan sepasukan dan penyandang juara dunia, Marc Marquez mendahului kejuaraan dengan 140 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 12:29 AM