AIDIL  yakin pemain mampu sesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Tun Abdul Razak.
AIDIL yakin pemain mampu sesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Tun Abdul Razak.
Izzali Ismail

KEDAH tidak akan menjadikan padang tiruan sebagai halangan mencari kemenangan ke atas FELDA United FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka esok.

Malah ketua jurulatihnya Aidil Sharin Sahak tetap positif serta fokus merencanakan pelan mencari kemenangan kedua serta memperbaiki segala kelemahan sebelum ini.

"Kita berdepan cabaran beraksi di padang rumput tiruan namun itu bukan penghalang untuk merancang strategi terbaik dan melakukan persiapa tepat untuk perlawanan kali ini."

"Sebahagian pemain senior Kedah juga sudah biasa beraksi di atas rumput tiruan dan saya yakin mereka dapat menyesuaikan keadaan ketika beraksi di sana."

“Apa yang penting adalah kita mesti melakukan perancangan terbaik dan semestinya saya mahu semua pemain cepat menyesuaikan diri dengan suasana di tempat lawan.

"Sikap tidak menyerah kalah dalam setiap perlawanan yang kami lalui juga menjadi bekalan untuk perlawanan ini."

"Jadi banyak perkara yang boleh melonjakkan semangat ketika beraksi di tempat lawan dan antara yang penting adalah sorakan padu penyokong Kedah yang boleh membangkitkan lagi semangat untuk kami berjuang."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 6:33 PM