PEMAIN Cameroon Georges Mandjeck (kiri) mengekang pemain Ghana, Andre Ayew. FOTO/REUTERS
Reuter

CAMEROON dan Ghana, dua daripada pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Negara Afrika dengan mengumpul sembilan gelaran, menamatkan pertemuan mereka seri tanpa jaringan dalam perlawanan Kumpulan F awal pagi tadi.

Ghana nyaris meraih mata kemenangan pada minit kemenangan pada minit ke-88 apabila Kwabena Owusu berjaya merampas hantaran Jean Armel Kana Biyik, meluru ke kawasan lawan dan meledak rembatan kencang namun hanya menghentam palang.

Namun ia mungkin penyudah yang dijangkakan untuk perlawanan yang menyaksikan terlalu banyak hantaran silap, sentuhan pertama yang pincang dan penyudah kucar kacir pada satu lagi petang yang hambar di mana pengadil turut membuat keputusan pelik.

Pertahanan Ghana Jonathan Mensah adalah antara pemain yang wajar dipuji kerana tiga kali menghalang gerakan yang mampu menghasilkan gol buat Cameroon.

Juara bertahan, Cameroon mendahului kumpulan dengan empat mata daripada dua perlawanan dan Ghana mengutip dua mata selepas seri kedua-dua perlawanan.

“Ia mungkin tidak memuaskan hati penyokong, tetapi bercakap sebagai jurulatih dengan apa yang saya lihat, saya dapati dua pasukan yang sangat tersusun yang mencuba sedaya upaya untuk menang,” kata jurulatih Cameroon, Clarence Seedorf.

“Kami tidak memulakan perlawanan untuk seri, kami bermula untuk menang.

“Banyak cara untuk memenangi sesuatu perlawanan. Saya berpuas hati dengan satu mata.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 10:55 AM