RASHFORD menandatangani kontrak baharu selama empat tahun di Old Trafford. FOTO Reuters
AFP

MARCUS Rashford mahu meletakkan Manchester United ‘di kedudukan yang sepatutnya’ selepas menamatkan spekulasi berhubung masa depannya dengan menandatangani kontrak baharu selama empat tahun di Old Trafford.

Pemain berusia 21 tahun itu menarik perhatian beberapa pasukan termasuk Barcelona, dengan kontraknya yang bakal berakhir pada 2020.

Namun Rashford yang juga produk akademi United mahu memimpin pembangunan semula United dan percaya dia lebih terasa era kejatuhan United di tangan beberapa jurulatih dalam beberapa tahun kebelakangan apatah lagi dia peminat kelab itu.

“Satu kebanggaan bagi saya untuk menandatangani kontrak itu,” kata Rashford.

“Manchester United adalah sebuah keluarga yang besar. Sesetengah kelab tidak memilikinya. Itu sebabnya mengapa United lebih daripada sekadar sebuah kelab bola sepak bagi saya.

“Sebagai peminat saya dapat merasai perubahan emosi. Katakan jika kami kalah perlawanan, ia lebih memberi kesan kepada saya kerana saya seorang peminat.

“Ia melukakan setiap hari untuk melihat kedudukan kami sekarang berbanding kedudukan kami sebelum ini.

“Ia membuat saya bersungguh-sunggih untuk meletakkan kelab di kedudukan yang sewajarnya.”

United menamatkan saingan musim lalu 32 mata di belakang pasukan jiran dan juga juara Manchester City dalam Liga Perdana Inggers dan gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 10:04 PM