AKSI Cori membalas hantaran Magdalena. - FOTO AFP
AKSI Cori membalas hantaran Magdalena. - FOTO AFP
AFP

BUDAK sekolah berusia 15 tahun, Cori ‘Coco’ Gauff yang mengejutkan juara lima kali Wimbledon, Venus Williams pada pusingan pertama meneruskan impiannya dengan mara ke peringkat 32 sambil berkata: “Saya boleh menewaskan sesiapa sahaja.”

Cori pemain ranking ke-133 dunia menewaskan pemain yang mara ke separuh akhir Wimbledon 2017, Magdalena Rybarikova dari Slovakia 6-3, 6-3.

Dia pemain termuda mara ke pusingan ketiga sejak rakan senegara dari Amerika Syarikat, Jennifer Capriati layak ke separuh akhir 1991.

"Saya fikir saya boleh tewaskan sesiapa sahaja. Jika saya tak fikir saya boleh menang, saya tak akan masuk ke gelanggang,” katanya.

Dia belum lagi tewas sebarang set sepanjang lima perlawanan termasuk tiga di peringkat kelayakan. Di hanya sekali kehilangan servis dan melakukan 18 kesilapan.

Cori akan menentang pemain nombor 60 dunia, Polona Hercog dari Slovenia pada peringkat 32 terakhir esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 10:41 AM