SERENA melambai kepada penonton selepas mengalahkan Carla Suarez Navarro dari Sepanyol pada pusingan keempat Wimbledon, malam tadi. — FOTO EPA
Reuters

SERENA Williams didenda AS$10,000 (RM41,400) oleh Kelab All England kerana merosakkan satu daripada gelanggang Wimbledon dengan raketnya menjelang kejohanan itu, lapor media.

Serena, yang berdepan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Alison Riske pada suku akhir malam ini ketika dia memburu kejuaraan Grand Slam ke-24, belum memberikan sebarang komen mengenai denda itu.

Fabio Fognini turut didenda AS$3,000 (RM12,400) kerana tindakan tiada semangat kesukanan selepas dia menjerit ketika kalah pada pusingan ketiga di tangan Tennys Sandgren.

Pemain Itali itu menyatakan dia berharap “bom” akan meletup di Kelab All England.

Nick Kyrgios didenda AS$8,000 (RM33,000) secara keseluruhan kerana insiden tiada semangat kesukanan pada pusingan pertama dan kedua.

Pemain panas baran dari Australia itu kalah di tangan Rafael Nadal pada pusingan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 1:18 PM