X
KIPRE Tchetche (dua kanan) menjaringkan gol penyamaan TFC pada minit akhir di Kuala Terengganu, malam tadi. — FOTO Rozainah Zakaria
KIPRE Tchetche (dua kanan) menjaringkan gol penyamaan TFC pada minit akhir di Kuala Terengganu, malam tadi. — FOTO Rozainah Zakaria
Malik Muhamad


BIARPUN kempunan merakam kemenangan ketiga berturut-turut, penolong ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik tetap ‘tabik’ terhadap pemainnya selepas seri 2-2 dengan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Malah, tindakan berani beliau menyenaraikan pemain yang belum pernah beraksi sebelum ini di bahagian sayap iaitu Rahmat Makasur dilihat ‘pelaburan’ yang bijak selepas bekas pemain Piala Presiden Terengganu itu tidak mengecewakan.

“Saya tetap puas hati walaupun kami hanya mengutip satu mata di laman sendiri, kami lihat pemain begitu bersungguh-sungguh untuk menang hingga minit terakhir perlawanan selepas ketinggalan.

“Kami sudah rancang taktikal malam ini (malam tadi) dengan mengambil langkah berani memasukkan pemain muda (Rahmat) biarpun julung kali beraksi bagi memberi peluang dan kami juga lihat dari segi kebolehan pemain.

“Hasilnya pemain itu dan pemain lain harus dipuji kerana mampu bermain dengan baik biarpun diasak segenap penjuru pemain lawan,” kata Mohamad yang mengambil alih tugas pemangku ketua jurulatih daripada Nafuzi Zain yang mengikuti kursus lesen profesional.

Mohamad berkata, skuadnya berpeluang menambah jaringan terutama pada babak kedua tetapi mereka gagal melakukannya selain corak bertahan lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 1:23 PM