REAKSI Simona selepas menewaskan Elina. - FOTO AFP
Reuters

SIMONA Halep muncul pemain wanita pertama Romania mara ke final Wimbledon selepas mudah menewaskan pilihan kelapan dari Ukraine Elina Svitolina 6-1, 6-3 sebentar tadi.

Simona yang mara ke peringkat empat terakhir tanpa menentang pemain pilihan dijangka menghadapi tentangan sengit pada aksi separuh akhir berdasarkan rekod pertemuan yang menyaksikan Simona tewas empat daripada tujuh perlawanan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila Elina yang gagal memegang servis walaupun sekali pada set pembukaan menyerah kalah dalam masa 73 minit selepas pukulan kilas pemain Ukraine itu terkandas di jaring.

Simona akan menentang pemenang di antara juara tujuh kali Wimbledon, Serena Williams dan Barbora Strycova dari Republik Czech dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 10:02 PM