Justin Gatlin (dua kanan) meraikan kejayaan selepas melintasi garisan penamat 100 meter di kejohanan Liga Diamond. FOTO AFP
AFP

PELARI kontroversi Amerika Syarikat, Justin Gatlin mengatasi pelari senegara yang semakin meningkat naik, Noah Lyles dalam acara 100 meter di kejohanan Liga Diamond, di Monaco, awal pagi ini.

Aksi yang berlangsung di balapan Stade Louis II, menyaksikan Gatlin, 37, mempamerkan aksi terbaik selepas permulaan sederhana untuk memecut ke garisan penamat dalam masa 9.91 saat, mengatasi beberapa saat pelari di tempat kedua yang menjadi pilihan dalam perlumbaan itu Lyles, 21.

“Ia adalah perlumbaan teknikal pada malam ini,” kata Gatlin, pemenang pingat emas Olimpik 2004 dan juara dunia yang kini menjalani hukuman gantung akibat doping antara 2006-10.

“Saya hanya terus memberi tumpuan kepada larian untuk mengatasi Noah.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 11:27 AM