Bottas akan bermula di petak utama pada GP British. FOTO REUTERS
Reuters

VALTTERI Bottas akan berlepas daripada petak utama, hari ini selepas menafikan penguasaan rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton pada Grand Prix British.

Pemandu Finland itu mengenepikan cabaran pendahulu kejuaraan dan juara bertahan Formula Satu (F1) itu pada sesi kelayakan di litar Silverstone.

Pemandu muda Ferrari, Charles Leclerc akan berkongsi petak baris kedua bersama pemandu Red Bull, Max Verstappen yang menang di GP Austria, baru-baru ini.

Bottas merakam masa satu minit 25.093 saat dan ia adalah pencapaian keempatnya bermula di petak utama selepas 10 pusingan perlumbaan musim ini.

"Apa yang pasti, saya tidak cukup bagus," kata Hamilton, pemandu Britain yang mencatat masa terpantas sesi kelayakan pertama tetapi tersasar di Brooklands pada lap pertama sesi final.

"Kami bekerja keras sepanjang sesi tetapi ia tidak menjadi”.

Seramai 140,000 peminat dijangka menyaksikan perlumbaan itu terutamanya penyokong tuan rumah yang mahu melihat Hamilton menjarakkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 1:07 AM