STEVE Bruce. - FOTO Agensi
Reuters

PENGENDALI Sheffield Wednesday, Steve Bruce mengesahkan beliau mengadakan rundingan dengan Newcastle United berkaitan jawatan pengurus dan kini menunggu kedua-dua kelab mencapai persetujuan.

Bruce, 58, yang kontraknya hampir tamat salah seorang calon pilihan menggantikan Rafa Benitez yang meninggalkan St James Park bulan lalu.

Sky Sports melaporkan Newcastle berharap dapat melantik Bruce dengan bayaran pampasan 1 juta pound (RM5 juta) tetapi Sheffield Wednesday mahukan lebih daripada itu.

Ketika ditanya jika dia telah berunding dengan Newcastle, bekas pertahanan Manchester United itu berkata: "Ya, saya telah pun berunding.

"Ia berlaku dengan pantas dan kini keputusan di tangan kedua-dua kelab dan saya akan menunggu dalam masa 24 atau 48 jam lagi. t

"Perkembangan selanjutnya tunggu sehingga kedua-dua kelab mencapai persetujuan.”

Bekas pengurus Sunderland dan Aston Villa, Bruce dilantik pengurus Sheffield Wednesday pada Januari lalu dan membawa kelab menduduki tangga ke-12 Championship.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 7:30 AM