GELAGAT Sei Young mencium trofi di Kelab Golf Highland Meadows di Sylvania, Ohio. - FOTO AFP
Reuters

KIM Sei-young muncul juara Marathon Classic selepas mengatasi cabaran Lexi Thompson dengan kelebihan dua pukulan di Sylvania, Ohio, awal pagi tadi.

Selepas memulakan pusingan final dengan kelebihan satu pukulan, Kim terus mengekalkan penguasaan dengan melakukan lima birdie berturut-turut di Highland Meadows dan mencatat enam dibawah par 65 untuk merangkul gelaran Jelajah LPGA kesembilannya.

Pemain berusia 26 tahun itu menyamai pencapaian Choi Na-yeon sebagai pemain keempat Korea yang meraih kejuaraan terbanyak dalam sejarah LPGA di belakang Pak Se-ri (25), Park In-bee (19) dan Shin Ji-yai (11).

Kim menamatkan permainan dengan catatan keseluruhan 22-bawah 262 manakala pemain Amerika Syarikat, Thompson (66) di tempat kedua dengan 20 bawah.

Pemain Korea muncul juara sembilan kejohanan LPGA tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 11:32 AM