KUBO jalani sesi latihan pramusim bersama Real di Montreal. - FOTO Agensi
KUBO jalani sesi latihan pramusim bersama Real di Montreal. - FOTO Agensi
Agensi

REAL Madrid sedia menyerlahkan bintang muda terbaharu mereka, Takefusa Kubo selepas dia berjaya menarik perhatian jurulatih ketika sesi latihan.

Kubo, 18, yang mengikat kontrak dengan Los Blancos pada Jun lalu membabitkan yuran perpindahan £1.78 (RM9 juta) turut berlatih di kem latihan pramusim Madrid di Montreal.

Pemain antarabangsa Jepun itu dikaitkan dengan Vinicius Jr yang ditandatangani dengan harga £39 juta (RM201 juta) musim lalu dan kini membarisi skuad utama Real.

Menurut laporan AS, Kubo dijangka tersenarai untuk sesi foto rasmi pasukan bagi kempen musim depan.

Akhbar Sepanyol itu juga melaporkan Barcelona kecewa kehilangan salah seorang pemain paling berbakat dalam generasinya.

Kubo beraksi bersama Barcelona ketika berusia sembilan sehingga 13 tahun tetapi terpaksa pulang ke Jepun selepas gergasi Liga Sepanyol itu didapati bersalah melanggar peraturan perpindahan pemain muda dan dilarang menjalankan urusan pembelian pemain.

Kubo beraksi 13 perlawanan bersama FC Tokyo dalam Liga J musim 2019 dan menjaringkan empat gol.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 1:02 PM