Rekod VVD diatasi oleh Maguire (kanan). FOTo REUTERS
Agensi

MANCHESTER United bersetuju untuk rekod dunia £80 juta (RM413j) untuk perpindahan pemain pertahanan Leicester, Harry Maguire.

Pemain antarabangsa England itu akan terbang ke Manchester untuk pemeriksaan perubatan, esok.

Beberapa akhbar tabloid dan spekulasi di Britain menyatakan United akan membayar Leicester £60 (RM310j) untuk Maguire, 26, dengan bakinya nilai tambahan yang lain.

Perpindahan itu akan menyaksikannya sebagai pemain pertahanan termahal dunia mengatasi £75j (RM387j) yang dibayar Liverpool untuk membawa Virgil van Dijk (VVD), 28 ke Anfield pada 2018.

The Foxes sudah pun menemui pengganti menerusi Lewis Dunk, 27, yang akan menyertai kelab itu dari Brighton dengan pertukaran sebanyak £45j (RM232j).

Penyertaan Maguire bermakna United berjaya mengatasi musuh ketat sebandar, Manchester City untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah itu.

Sebelum tawaran dibuat oleh Leicester dan Red Devils pada nilai £70j (RM361j) ditolak oleh Leicester.

Bagaimanapun selepas ketua Old Trafford meningkatkan tawaran mereka, Leicester akhirnya membuka tawaran.

Situasi itu hadir selepas Maguire marah dan menuduh Leicester meletakkan harga melampau untuk perpindahan mega itu.

Jose Mourinho terdesak untuk menandatangani pemain pertahanan tengah itu pada musim panas lalu selepas bekas pemain pertahanan Hull itu beraksi dengan baik bersama England pada Piala Dunia di Russia.

Leicester membeli pemain berasal dari Sheffield itu dengan nilai £17j (RM88j) pada 2017 dan mengaut keuntungan serta-merta sebanyak £43j (RM222j).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 1:29 PM