SHERMAN (kanan) menghalang pemain Melaka, Razman Roslan pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini. — FOTO Khairunisah Lokman
Nazri Abu Bakar


HASRAT Melaka United untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super terencat selepas seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Sesudah terikat tanpa jaringan ketika rehat, skuad Hang Tuah lebih banyak mendominasi babak berikutnya dan usaha keras mereka untuk mendahului berbaloi.

Kapten Shukor Adan meletakkan mereka di depan pada minit ke-54.

Namun penyerang PKNS dari Liberia, Kpah Sherman menjadi pemusnah impian Melaka untuk meraih tiga mata apabila tolakan mengelirukannya memperdaya penjaga gol bagi menyamakan kedudukan.


PEMAIN Melaka, Saiful Ridzuwan Selamat (kiri) mengasak K Gurusamy (tengah). — FOTO Khairunisah Lokman

Keputusan itu menyaksikan Melaka kekal di tangga kelima dengan 33 mata di belakang juara Johor Darul Ta’zim (52), Pahang (37), Kedah (34) dan Selangor (34).

Namun skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan masih memiliki satu lagi aksi berdepan Pahang di Kuantan, Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 11:41 PM