DE Rossi menjaringkan 63 gol bersama Roma.
AFP

BEKAS pemain Itali, Daniele De Rossi hampir pasti menyertai Boca Juniors, menurut presiden kelab gergasi Argentina itu, Daniel Angelici awal pagi tadi.

Pemain tengah berusia 35 tahun itu menamatkan karier 18 tahun bersama kelab tempat kelahirannya, AS Roma penghujung musim lalu.

"Mempunyai juara dunia yang mahu menghabiskan kariernya di Boca membuatkan saya bangga,” kata Angelici.

"Ia baik untuk bola sepak Argentina untuk memiliki pemain seperti ini. Saya yakin 99 peratus De Rossi bakal menjadi pemain Boca.”

Bagaimanapun, perpindahan Rossi mungkin terhalang atas faktor kuota pemain asing yang dibenarkan beraksi bersama kelab Argentina.

Mereka hanya dibenarkan mempunyai maksimum lima pemain beraksi di atas padang pada satu-satu masa.

Boca telah pun mempunyai pemain Colombia Frank Fabra, Jorman Campuzano dan Sebastian Villa on their books selain pemain Uruguay - Nahitan Nandez, pemain Venezuela - Jan Carlos Hurtado dan Junior Alonso dari Paraguay yang menjadikan jumlah keseluruhan enam pemain asing.

"Saya tidak meragui dia akan datang, segala-galanya sudah dipersetujui dengan De Rossi, tetapi jika dia mula menyertai kami orang akan berkata Boca tidak menghormati kuota," kata Angelici.

Tetapi Nandez dikhabarkan sedang dipancing kelab Itali, Cagliari manakala Fabra hampir mendapatkan kerakyatan Argentina.

"Jika kami boleh melengkapkan perpindahan Nandez, kami boleh membawanya (De Rossi) untuk berlatih sekarang."

De Rossi yang memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali menghabiskan keseluruhan kariernya bersama Roma, membuat 615 penampilan dan menjaringkan 63 gol dalam semua kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 10:12 AM