TIMBALAN Setiausaha Agung UEFA, Giorgio Marchetti mencabut undi di ibupejabat UEFA di Nyon, Switzerland, hari ini. - FOTO Agensi
AFP

PASUKAN yang beraksi di separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, Ajax diundi bertemu juara Greece, PAOK Thessaloniki dalam aksi kelayakan pusingan ketiga sebelum mara ke saingan kumpulan.

Kelab Belanda itu tidak mendapat tiket automatik ke peringkat kumpulan walaupun menjuarai Eredivisie kali ke-34 dan hampir mara ke final Liga Juara-Juara.

Jika menewaskan PAOK, skuad Erik ten Hag masih perlu menang aksi play-off sebelum menyertai gergasi Eropah lain seperti Liverpool, Real Madrid dan Juventus dalam aksi peringkat kumpulan.

Perlawanan itu tidak mudah buat Ajax yang kehilangan beberapa pemain muda berbakat.

Pertahanan tengah, Matthijs de Ligt berpindah ke Juventus manakala pemain tengah, Frenkie de Jong menyertai Barcelona.

PAOK tidak tewas dalam kejayaan mereka menjuarai Liga Super Greece, lima mata mengatasi Olympiakos sekali gus gelaran liga pertama mereka dalam masa tiga dekad.

Aksi peringkat pertama berlangsung di venue PAOK, Stadium Toumba pada 6 atau Ogos dan peringkat kedua di Amsterdam seminggu selepas itu.

Juara Eropah dua kali, Porto yang menduduki tangga kedua di Benfica di Portugal menentang Krasnodar yang menduduki tangga ketiga di Rusia sementara naib juara Belgium, Club Brugge menentang kelab Ukraine, Dynamo Kiev.

Jika juara Scotland, Celtic menewaskan wakil Estonia, Nomme Kalju di pusingan kedua kelayakan, mereka akan menentang kelab Romania, Cluj atau kelab Israel, Maccabi Tel-Avi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 9:52 PM